Thursday, April 12, 2012

malu itu perisai orang beriman...


Jangan berpacaran
Kerana banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Jangan duduk berdua
Duduklah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Jangan pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau dah berkenan
Jangan tunggu lama-lama


Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu diambil orang

" Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah "


[ p/s : couple is trouble... ! ]

wahai akhawatku sayang...









Wahai akhawatku sayang,
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Wahai akhawatku sayang,
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Wahai akhawatku sayang,
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Wahai akhawatku sayang,
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

Wahai akhawatku sayang,
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

[ p/s : mawar berduri <3 ]

Wednesday, April 11, 2012

oh muslimah...





Oh muslimah,
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah,
solat lima waktu dan puasamu kau jaga
menundukkan pandangan mata

Oh muslimah,
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah,
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah,
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah

Oh muslimah,
kecantikan yang sebenar
pada tutur kata penuh berhikmah
keayuan wanita solehah

Oh muslimah,
Berbahagialah kau telah dilahirkan dengan mulia


[ p/s : dear sisters, let us be muslimah and mu'minah! ]

Monday, January 2, 2012

senyum itu sedeqah...



Kacak luar - Kacak dalam - Kacak dengar sini !

Cantik luar - Cantik dalam - Cantik dengar sini !
Kalau saya senyum…
Awak mesti senyum sekali


Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Senyum
tak perlu bayar apa-apa
Senyum
tak akan rugi apa-apa
Senyum
... dan berilah salam
السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Kalau kacak -> senyum kacak -> mesti kacak lagi
Kalau cantik -> senyum cantik -> mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit :P

Walau bukan rupawan, bukan jutawan
Tapi kita punya satu senyuman yang menawan...
Jom senyum!


[ p/s : senyum itu sedeqah... ]

study week fever...

a picture without me :(

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
Hanya yang mampu utk kulafazkan
Aku merinduimu...

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
Bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu...
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan...
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju...


[ p/s : study week... calling2 mak abah di kuantan, habis exam baru boleh balik! ]

Sunday, January 1, 2012

jadikanlah aku wanita syurga...


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula.

Apa rasa...
Diterjemah hanya...
Sebak abah, tangis ibunda.

Abah :
"Adalah aku, wali puteriku,
Serah kini amanahku ini pada mu,
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta,
Lebih dari yang ku berikan kepadanya.

Dulu esakkannya sandar di bahuku,
Tangisannya kini ku serah padamu,
Bukan bermakna, dia bukan milikku,
Fitrahnya perlukanmu.

Jadikanlah dia wanita syurga,
Mengerti benar akan maharnya,
Taat itu bukan hanya pada nama,
Indah ia pada maksudnya."

si dia : "Ku akur akan pesanmu
Puterimu kini amanahku.

Iringilah,
Dengan doamu,
Bahagia kami dari redhamu."


[ p/s : 'si dia' - insyaAllah, my future Mr. Righteous :) ]

I wanna be somebody...

Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya.. I wanna be somebody


Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa
Akan ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna


Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik


Tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa


[ p/s : salam imtihan buat sahabat2 ]